Kegiatan Sabotaj Dalam Kerajaan? Ini Penjelasannya



Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata bahawa semua ketua perkhidmatan dan ketua setiausaha kementerian diarah menjalankan siasatan terhadap kemungkinan sabotaj berlaku dalam pentadbiran kerajaan.

Arahan bagi mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan tindakan khianat yang bertujuan menjejaskan pentadbiran dan kerajaan semasa juga telah beliau arahkan.


"Saya menyeru para penjawat awam untuk melaporkan sebarang perlakuan khianat kepada ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua perkhidmatan masing-masing.

"Saya sendiri akan menangani perkara tersebut," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Susulan laporan akhbar The Sun Daily bertajuk "Un-civil servants" juga dikeluarkan pada 27 Julai mengenai sabotaj oleh penjawat awam senior terhadap pelan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Tiada sebarang tolak ansur terhadap sebarang percubaan khianat untuk melemahkan kerajaan semasa dan pentadbirannya, kata Ali

Ali juga berkata bahawa tanpa rasa takut atau memihak, tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku.

Jaminan bahawa pentadbiran awam akan sentiasa menghormati mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan semasa berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mei lepas, juga turut diberikan beliau

"Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik harus didukung," kata Ali.

sumber : sinarharian,com

close
==[ Close ]==