Khazanah, Petronas, PNB Akan Lebih Diawasi PM



Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Khazanah Nasional, Petronas, dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diawasi lebih dekat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, tidak jelas setakat mana pengawasan Tun M terhadap GLC berkenaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Menterinya boleh mengawasi firma-firma berkenaan keranaGLC terbabit akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, berdasarkan senarai yang dilihat Malaysiakini.

Namun dilaporkan oleh The Star bahawa ketiga-tiga GLC itu akan ditempatkan di bawah Pejabat Perdana Menteri, yang secara langsung berada di bawah kawalan Perdana Menteri.
Rombakan ke atas kawalan GLC dan agensi kerajaan terbabit belum lagi muktamad.

Petronas, Khazanah dan PNB tidak mungkin diletakkan di bawah pengawasan Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Seperti yang dijangkakan sebelum ini, sepatutnya mengambil alih syarikat-syarikat MOF,

Agensi yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Felda. Bagaimanapun Azmin kelihatan bersedia mengawalnya.
Pada awal bulan ini Mahathir mengatakan bahawa objektifnya Khazanah untuk memperkayakan  bumiputera telah menyimpang dengan memperkayakan diri sendiri.

Dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN)  menegaskan bahawa perdana menteri tidak akan memegang portfolio lain, terutama Kementerian Kewangan.

Ini bertujuan bagi menghalang rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang didakwa HARAPAN berlaku ketika Najib memegang portfolio kewangan.Dalam tempoh dua minggu lalu, persoalan juga timbul sama ada portfolio Kementerian Kewangan akan dikurangkan selepas Mahathir menjawab soalan bagi pihak kementerian itu di parlimen minggu lepas.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong juga mendakwa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi kini lebih berkuasa daripada Kementerian Kewangan.
Bagaimanapun dakwaan itu ditafikan Azmin dan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan.

Sementara itu terdapat rancangan untuk membubarkan MOF Inc seperti dilaporkan oleh
Jika ini berlaku, MOF Inc adalah pemegang saham utama dalam banyak syarikat maka ia mungkin mempunyai implikasi yang serius kerana

sumber : malaysiakini.com
close
==[ Close ]==