Pihak Kerajaan Lakukan Ini, Patutlah Titah Sila Duduk Jangan Lari



Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semasa merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14, Suasana yang berlaku di persidangan Dewan Rakyat rupanya digambarkan oleh titah itu.

Dalam facebook miliknya, Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) menyindir barisan ahli parlimen kerajaan yang dari pagi hingga malam terus kosong sehingga ke detik 7.18 malam.

“Pukul 7.18 pm (malam)… kami masih di parlimen. Tapi di pihak kerajaan dari pagi sampai malam terus kosong tak datang-datang… sesi diteruskan hingga 9.00 malam.
“Patut DYMM SPBYDP Agong menitahkan… ‘sila duduk..jgn (jangan) lari’.…. tp (tapi) dah byk (banyak) yg (yang) lari nampaknya,” sindir Tan Sri di laman sosial miliknya.

Semalam menteri dan timbalan menteri digesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memberi alasan yang sesuai jika tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat bagi menambah baik rekod kedatangan mereka.

Beliau berkata, Kabinet juga mempunyai tanggungjawab lain di bawah kementerian mereka, dan memandangkan sesi Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 20 hari .

Oleh itu, alasan kukuh atas ketidakhadiran menteri dan timbalan menteri ke Parlimen wajib disediakan mereka.

Tidak cukupnya ahli Parlimen yang hadir di persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini membuat tertangguh selama enam minit.

Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri kemudian mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan mesyuarat itu.

"Tuan Yang Dipertua. Saya hendak pastikan, adakah cukup korum? Apa menteri, timbalan menteri semua tiada ke?" soal Alexander.

Mohamad Ariff lantas membuat keputusan, "kita tempohkan dua minit sehingga cukup kuorum. Sila bunyikan loceng."
Berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1), cukupbilang (kuorum) bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi.

Sementara itu, syor veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim supaya elaun bulanan ahli Parlimen yang 'malas' dipotong disokong Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata bahawa Salahuddin bersetuju jika ahli Parlimen sengaja ponteng sesi Parlimen tanpa alasan yang kukuh.

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==