Fakta Tidak Benar Tun M yang Kelirukan Dewan



Shahril Sufian Hamdan, Ketua Pemuda Umno Malaysia menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengelirukan secara jelas Dewan Rakyat dengan kenyataan bahawa beliau berhubung hutang negara semasa pentadbirannya.

Menurutnya, Hutang kerajaan pada 1980an dan 1990an dinyatakan Dr Mahathir adalah kurang dari RM 300 bilion atau sekitar 27 peratus KDNK negara pada waktu itu adalah tidak benar.

Semakan dari laman web Kementerian Kewangan mendapati jawapan perdana menteri adalah jauh tersasar dari fakta sebenar. Tambah beliau.

"Walaupun benar hutang kerajaan sepanjang tempoh itu tidak melebihi RM 300 bilion namun apabila dibandingkan dengan KDNK, perdana menteri telah beri jawapan tidak benar dan mengelirukan dewan.

"Sebagai rekod, sepanjang tempoh pentadbiran kali pertama perdana menteri bermula 1981 hingga 2003, kadar hutang kerajaan berbanding KDNK yang paling rendah dicatatkan pada tahun 1997 iaitu 31.9 peratus.

"Manakala rekod tertinggi dicatatkan pada 1986 iaitu 103.4 peratus berbanding KDNK. Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah semenjak tertubuhnya Malaysia," kata kata  Shahril Sufian dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Tindakan perdana menteri buat Shahril kecewa dalam sidang Dewan Rakyat kerana ia sepatutnya dijadikan ruang buat kerajaan menyatakan kebenaran.

Shahril berkata "Apa dilakukan perdana menteri pada pagi tadi adalah sangat mengecewakan. Jumlah 27 peratus yang disebut bukan sahaja tidak tepat malah boleh ditafsirkan salah secara mutlak dan terang”

sumber : sinarharian.com

close
==[ Close ]==