Mahathir Ejek Pembangkang


Tun Dr Mahathir Mohamad, dilihat geli hati apabila anggota parlimen PAS dan BN melangkah keluar dewan untuk membantah pelantikan speaker.
Dr Mahathir kembali ke parlimen pagi ini selepas lebih sedekad berundur sebagai perdana menteri, beliau tersenyum apabila anggota parlimen pembangkang membuat bising.
Dr Mahathir pada satu ketika malah membuat ekspresi muka mengejek dan seperti menggalakkan bahawa anggota parlimen pembangkang terus membuat bising.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan Perdana Menteri turut kelihatan tersenyum melihat gelagat anggota parlimen pembangkang. Beliau duduk di sebelah Dr Mahathir.
Pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof didakwa pembangkang yang keluar dewan bahawa pelantikan itu tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat.
Peruntukan 4(1) memerlukan nama calon speaker itu diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang bagi kali pertama.
Dr Mahathit bercakap kepada pemberita selepas itu dan menegaskan bahawa nama Ariff diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 2 Julai, iaitu menepati peraturan 14 hari berkenaan.
sila tonton video ini : klik here
 sumber : malaysiakini.com

close
==[ Close ]==