Najib Akan Tuntut Harta Rampasan Keluarga



Jumlah rampasan harta terhadap bekas perdana menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan Isterinya Datin Seri Rosmah Mansur telah kejutkan kita baru-baru ini. Jumlah rampasan harta mereka hampir mencecah RM1.1 billion.


Proses undang-undang yang betul akan dilalui bekas perdana menteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi memastikan semua harta rampasan itu dapat dituntut semula. Hal yang mengejutkan kita lagi apabila kerajaan baru PH telah mencadangkan dan mengumumkan bahawa barang rampasan itu akan dijual untuk membiayai hutang Negara yang begitu banyak.

Persoalannya, perbuatan kerajaan sedemikian apakah patut? atau perlukah kita memberi kemaafan pada Dato Seri Najib Tun Razak? 

Rampasan harta benda milik Najib telah dibuat sebaik sahaja BN dibawah pimpinan beliau tumbang dalam pilihanraya. Najib menerima kekalahan pelbagai kes dan skandal melibatkan kewangan dan salah guna kuasa telah dilaporkan malah ia juga melibatkan pengaliran wang kedalam akaun milik peribadi bekas perdana menteri ini.


Isteri beliau pun juga dikaitkan dan dikata menjadi dalang semua skandal yang melibatkan Najib suaminya. Barangan berharga telah dirampas kepunyaan Datin Seri Rosmah dan Dato Seri Najib


sumber : dharian.com
close
==[ Close ]==