Kaitan Akaun Najib dengan RM2.6 Bilion 1MDB



Pelepasan pembekuan akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijelaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah disebabkan tiada kaitan dengan dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga siasatan SRC International.

Pihak SPRM ingin menegaskan bahawa tindakan melepaskan pembekuan akaun tersebut, disebabkan siasatan terhadap akaun itu telah selesai dilaksanakan dan bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak

Akaun-akaun bank lain milik Najib yang juga terlibat dengan SRC International Sdn Bhd dan 1MDB (RM2.6 bilion) tidak dibekukan kerana akaun tersebut telah ditutup sebelum Julai 2015 dimana siasatan SRC International Sdn Bhd dan 1MDB bermula.

“Ini bermakna, pembekuan akaun bank Najib berkaitan isu SRC International dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana akaun berkenaan telah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan,” katanya.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, SPRM juga menegaskan siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan sehingga kini.

Sementara itu, SPRM menjawab terdapat tuduhan bahawa suruhanjaya membuat publisiti besar-besaran berhubung pembekuan akaun bank Najib, namun menyepi apabila pembekuan itu ditarik balik SPRM.

Katanya, pihaknya menegaskan isu itu tidak timbul kerana berkaitan pembekuan akaun tersebut. SPRM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi. Malah katanya, SPRM juga hanya mengesahkan pelepasan akaun tersebut apabila persoalan itu ditimbulkan pihak media.

“Didapati juga terdapat kekeliruan fakta dilaporkan segelintir pihak menerusi media susulan pembekuan dan pelepasan akaun bank bekas Presiden Umno itu. SRPM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan pembekuan akaun tersebut,” katanya.

Pada 2 Julai lalu, satu kenyataan menyatakan 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan. Kenyataan itu dikeluarkan oleh pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB.

sumber : sinarharian.com 

close
==[ Close ]==