Dapat Kuasa Dengan Menipu Rakyat, Tidak Adil!



Datuk Seri Najib Tun Razak, Bekas Perdana Menteri itu mengkritik kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan, hal itu kerana kerjaan Pakatan Harapan tidak menepati manifesto mereka dalam isu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam laman Facebooknya, Najib menegaskan bahawa tidak adil dan tidak betul apabila parti politik mendapat kuasa dengan menipu rakyatnya.

Menurut beliau, selepas ini rakyat tidak seharusnya terus menerus menerima apa saja alasan dikemukakan oleh kepimpinan Harapan dalam masa lima tahun mendatang.
"Kami di pihak BN merancang manifesto PRU14 dengan sangat teliti malah kami berulang kali melihat dan mengkaji semula kerana saya mahu pastikan setiap janji dibuat mampu ditepati.

"Mungkin kami terlalu berhati-hati dan hanya janjikan perkara yang kami boleh tunaikan. Mungkinkah saya ambil pendekatan berbeza? Tidak sama sekali.

"Saya bercakap mewakili rakyat dan akan menuntut supaya kerajaan Harapan menunaikan manifestonya kerana janji adalah janji," katanya dalam kenyataan itu.

Bagi mengulas tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib berkata demikian, Dr Mahathir yang melantik Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Pelantikan ini dilihat melanggar manifesto Harapan sebelum ini yang menetapkan Yang Dipertua Dewan Rakyat mestilah dalam kalangan ahli Parlimen.

Begitupun, Dr Mahathir menegaskan bahawa manifesto bukannya kitab yang harus dipatuhi semuanya tetapi hanyalah panduan.

sumber : sinarharian.com

close
==[ Close ]==