Izzah Letak Jawatan, Ini Alasannya


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku Pemangku Setiausaha Agung merumuskan bahawa perkembangan politik dalam Pakatan Harapan (PH) akhir-akhir ini ialah penyebab Nurul Izzah Anwar meletakan jawatannya.

Kesimpulan itu beliau buat berdasarkan pertemuan beliau dengan Nurul Izzah selama dua jam bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu letakkan jawatannya selaku pengerusi PKR Pulau Pinang dan juga naib presiden.

Ketika ditemui oleh pemberita di Lobi Parlimen 19 Des, beliau mengakatan "Tindakan beliau itu langsung bukan didorong oleh apa yang disifatkan segelintir pihak berkaitan dengan gejolak yang berlaku dalam PKR... tetapi lebih kepada PH itu sendiri,"

"Dua puluh tahun mengenali Nurul Izzah, beliau seorang yang mendukung idealisme perjuangan, sangat komited dengan agenda reformasi serta bersungguh-sungguh mahu melihat PH melaksanakan agenda reformasi ke arah kebaikan rakyat. Dengan itu saya hormat keputusan beliau," katanya.

Menurut Saifuddin, jalan terbaik telah dipilih Nurul Izzah dengan masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pematang Pauh agar dirinya tetap boleh terus menyuarakan pandangan menerusi Parlimen.

Saifuddin juga berkata berikut "Berdasarkan situasi politik hari ini yang dianggap menggugat tugas hakiki PH, Nurul Izzah turut melahirkan rasa kekecewaan serta kurang senang dengan apa yang berlaku.

"Kerana itu beliau merasakan sukar dan ada kekangan menyuarakan pendapat jika terus mengekalkan jawatan. Tambahan pula beliau sentiasa dilihat sebagai anak kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim dan ibunya pula Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),"

sumber : sinarharian.com

close
==[ Close ]==