Suasana Kecoh, Dewan Rakyat Bermula Dengan Sindiran



Pelbagai sindiran antara wakil rakyat kerajaan dengan pembangkang bermula di Persidangan Dewan Rakyat pertama  sesi ke-14.

Kekecohan itu bermula apabila Lim Guan Eng, Menteri Kewangan (Pakatan Harapan-Bagan) menerima soalan tambahan daripada Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) daripada soalan pertama berkaitan percukaian.

Ismail membangkitkan sama ada kerajaan akan memberi kuasa mengutip cukai kepada kerajaan negeri.

Kerajaan Persekutuan akan bagi kuasa negeri kutip cukai dan lupuskan hutang Pahang?

“Walaupun Bagan tak setuju GST dulu tapi minta hasilnya diagihkan kepada negeri. Jadi sekarang dah jadi menteri, Bagan akan buat atau tidak?,” tanyanya.
Guan Eng menjawab soalan itu dengan sindiran, “saya amat tertarik dengan soalan dikemukakan. Hanya apabila sudah pergi sebelah sana (pembangkang), baru buat soalan demikian.”

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menenangkan suasana yang mulai menjadi kecoh itu.

Namun soalan Ismail ia pertahankan dengan mengatakan bahawa perkara itu merupakan cadangan Guan Eng sebelum ini.

Sementara itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Pakatan Harapan-Gombak),Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sempat menyindir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Terima kasih kepada YB Pekan (Datuk Seri Najib Razak) mewakili Bagan tanyakan soalan tambahan.”

“Saya kira YB Pekan lebih layak jadi Ketua Pembangkang daripada YB Bagan,” katanya.
Sebelumnya, Najib menanyakan soalan kepada Azmin berhubung kos projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura yang dinyatakan menteri itu mencecah RM110 bilion.

Zahid membangkitkan soalan kedua berkaitan projek kontroversi itu melalui pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan yang berbunyi, apakah aspek-aspek yang sedang dikaji, ekoran penangguhan projek HSR?




close
==[ Close ]==