Hentikan SOP (Prosedur Standard Operasi) 'Semua Salah Najib'


Datuk Seri Najib Tun Razak, Bekas Perdana Menteri itu menggesa agar Pakatan Harapan menghentikan menggunakan alasan ‘semua salah Najib’.

Dakwanya, Alasan itu seolah-olah dijadikan Harapan sebagai prosedur standard operasi (SOP), bagi mereka menjawab sesuatu isu.

Tidak adil bagi rakyat apabila alasan seumpama ini digunakan, mereka mengharapkan yang lebih baik dari kerajaan baharu.

Badan tertinggi negara ini adalah Parlimen. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi? Apabila tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baharu ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang (Rule of Law)?

“Sekarang terdapat debat dan persoalan di kalangan rakyat, ahli-ahli politik dan NGO-NGO, jika keluhuran undang-undang telah dipatuhi dan siapakah paling layak dilantik sebagai Yang DiPertua Speaker,” katanya dalam Facebooknya.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dipetik Najib apabila mendakwa pihak yang mengajukan keresahan ini hanya mensensasikan isu pelantikan bagi mengalih perhatian terhadap penindasan politik terhadap beliau.
Katanya, beliau bukan lagi berada dalam kerajaan yang mentadbir atau bukan lagi perdana menteri.

“Kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu pelantikan speaker ini?" katanya.
Katanya, ia sama seperti cerita hutang negara RM1 trilion kerajaan Harapan yang bersandarkan definisi sendiri, tiada negara lain dalam dunia gunakan.
“Nama saya terus diperalatkan sebagai alasan serta dipersalahkan setiap kali kerajaan Pakatan gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto mereka,” katanya.

sumber : sinarharian.com


close
==[ Close ]==