Buat Tersentak! Ini Jawapan Mahathir Ditanya Janji



Jawapan Tun Mahathir Di Parlimen buat KJ tersentak. Isu-isu janji di mana janji manifesto yang perlu dilaksanakan dalam masa 100 hari selepas pilihan raya umum ke 14 dipersoalkan oleh KJ.

Sebelum pilihan raya ke 14, pihak pakatan harapan yang masih belum jadi kerajaan masa tu, pihak pakatan masih jadi pembangkang dan ingin memberi janji-janji kepada rakyat supaya rakyat membolehkan mereka membentuk kerajaan dan akan mengundi mereka.

Oleh sebab demi harapan pihak pakatan harapan dapat membolehkan hidup rakyat jadi lebih selesa dan dapat hidup dengan baik, terdapatlah banyak janji yang buat rakyat inginkan. Ini telah membuat banyak rakyat telah mengundi pihak pakatan harapan.

Soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai sama ada janji dalam manifesto hanya sebagai panduan atau akan ditunaikan.

“Saya tak sedar bahawa Rembau (Khairy) anggap manifesto itu sebagai buku suci, kalau pun dia anggap demikian kami anggap ini manifesto, tidak mengikat kita sehingga tidak boleh bergerak, apabila kita cuba laksanakan kita dapat banyak rintangan.
“Umpamanya undang-undang lama yang digubal bekas kerajaan…, semua ini mejadi halangan kepada pelaksanaan janji-janji kami.

“Kalau kami berdosa, kami tanggunglah. Tapi tidak anggap manifesto sebagai al-Quran atau Bible,” kata beliau.

Kata beliau, melaksanakan janji-janji mereka bukan sekadar tumpuan kerajaan Pakatan Harapan, tetapi usaha turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.
“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir.

Sumber :khalifahmailonline.com
close
==[ Close ]==