Najib Menangis di Akhir PAU





Sambutan dan sokongan ahli Umno di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 membuat bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat menahan air mata saat menerimanya.

Perasaannya itu beliau luahkan di Facebook pada hari terakhir PAU 2018, beberapa gambar juga menunjukkan bahawa beliau dipeluk beberapa individu dipercayai ahli parti.

“Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi. Saya sabar, saya reda. Ini semua ujian oleh ALLAH.

“Dan kini saya tahu, saya tidak keseorangan, saya ada saudara-saudari semua di sisi saya memberi kekuatan dan sokongan. Moga ALLAH merahmati kita semua,” katanya.

Najib berikrar setia bersama Umno selamanya dalam perkongsian sebelumnya.
“Selagi hayat dikandung badan, selagi masih bernafas dan roh dalam jasad, berjuanglah. Saya akan terus tetap bersama rakyat dan Umno dulu, kini dan selamanya,” katanya

Sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==