Ke Pesta Arak Dibuka, Ke Masjid ditutup



Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung Umno meluahkan kebimbangannya apabila semakin permisif dan liberalnya pemimpin Islam hari ini termasuklah dalam isu penganjuran pesta arak 'Oktoberfest 2018'.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, kecondongan kepada nilai-nilai tajaan parti tertentu dalam kerajaan semakin terlihat.

Menurutnya, lemahnya dalam tawar-menawar politik sebabkan sedikit demi sedikit nilai Islam terhakis.

“Kita terlalu bergantung kepad talian hayat yang dikuasai orang lain… Jalan untuk penduduk nak ke masjid ditutup tapi untuk pesta arak jalan diguna dan dibuka.

“Pemerintah tidak perlu membenar dan menggalakkan apa jua bentuk pesta bagi perkara yang dilarang oleh agama atau budaya kita di Malaysia,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial Facebooknya, malam tadi.

Pada 10 Oktober lalu Annuar berkata bahawa kenapa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menentang pesta arak berkenaan, hal ini dikomentari Tun M.

“Seperti biasa tulisannya simple dan logic pada pemikiran orang biasa. Banyak perkara yang saya bersetuju dgn PM walau saya adalah ahli parlimen parti pembangkang. Namun dalam soal pesta arak ini ini saya berbeza pendapat

“PM menjadikan alasan antara lain Oktoberfest ini tradisi khasnya bagi orang Jerman. Kalau pun benar begitu, perlu kita ingat, Jerman adalah sebuah negara yg penduduknya majoriti bukan Islam dan Islam tidak terpahat dalam perlembagaan negaranya,” katanya.

Menurutnya, orang Islam tidaklah memimpin Jerman.

“Sementara kita negara pimpinan orang Islam dan Islam itu agama bagi persekutuan. Perlu difahami, Islam melarang minuman arak kerana ia dianggap “khamr”atau sesuatu yang memabukkan.

“Orang yang mabuk sudah pasti memudaratkan dirinya dan juga orang lain… bila disebut festival sudah pasti ia dilakukan di tempat awam dan terbuka,” katanya.

“Sebagai pemerintah, pimpinan bertanggungjawab pada semua rakyat pimpinannya dan bertanggungjawab juga kepada ALLAH SWT.

“Tidak wajar dilihat, diberi galakan atau dorongan oleh pemerintah dalam apa jua bentuk sekalipun. Boleh saja ada pesta tanpa seolah membudayakan amalan yang memudaratkan, baik arak mau pun khamr yang lainnya,” tegasnya.

'Oktoberfest 2018' mendapat bantahan banyak pihak namun kerana tidak melanggar undang-undang, ia tetap dibenarkan berlangsung.

Pada 2017, untuk memenuhi citarasa pengunjung penganjur membawa 250 jenama arak berbeza dari 43 syarikat pengusaha arak (breweries).

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==