Akhir dari Anwar

Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung Umno menegaskan kenyataan Datuk A Kadir Jasin selaku Ahli Majlis Tertinggi Bersatu bertujuan memberi isyarat kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkongsi komen balas beliau di laman Twitter peribadinya susulan kenyataan A Kadir bahawa ada 40 lagi Ahli Parlimen Umno berkemungkinan akan keluar parti kerana menyatakan bahawa ada hasrat untuk menyertai Bersatu selepas ini.

Beliau berkongsi : “Kenyataan terbaru sahabat saya DAKJ (A Kadir) adalah bertujuan memberi isyarat kepada DSAI (Anwar) bahawa dengan ini, anggap lah Game Over for Anwar,”

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md. Arip. Berkata bahawa peluang untuk terus memegang jawatan berkenaan perlu diberikan kepada Perdana Menteri sehingga habis penggal iaitu selama lima tahun, bukan dua tahun sebagaimana dijanjikan sebelum ini. Memetik dari laporan media tempatan.

Usaha menyusun dan memulihkan pentadbiran negara yang sedang dilakukan Dr Mahathir ketika ini rumit dan tidak boleh disempurnakan dalam tempoh dua tahun, kata Muhammad Zahid.

Menurut beliau, Dr Mahathir diyakini tetap mengotakan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar melainkan Presiden PKR itu sendiri memujuk beliau untuk kekal lebih lama.

Dalam perkongsian catatan ringkas Annuar di Twittern berkata BAHAWA sekiranya Anwar dapat berbuat demikian, amanlah dah semua pihak boleh terus “move on”.

“Cantiklah kalau DSAI dapat berbuat begitu… Aman. PM (Dr Mahathir) dah kata yang beliau serah pada rakyat… dan rakyat pun dah beri mandat pada PM… tumpu pada usaha bina negara… lets move on then,” kongsinya, hari ini.

sumber : sinarharian.com



close
==[ Close ]==