Ini Pendapatan Ahli Kerajaan



Pendapatan ahli politik kerajaan yang mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Akhirnya dipamerkan SPRM

Daftar pendapatan itu dimuat naik di Portal Perishtiharan Harta SPRM.

Pagi tadi, pendapatan paling tinggi ialah Menteri Kewangan diikuti dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, pemimpin DAP Teresa Kok dan seterusmya.

Sedangkan kedudukan pendapatan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail berada di kedudukan kesembilan.



Bagaimanapun pada tengah hari ini, terdapat perubahan dibuat apabila kedudukan itu berubah dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berada di tempat kedua.
Kemungkinan saat ini laman web itu sedang dikemas kini.

Tempoh berapa lama kedudukan pendapatan itu tidak diketahui, Maklumat itu tidak menjelaskan hal itu. Dan pendapatan itu ialah pendapatan sendiri atau bersama anggota keluarga yang lain juga tidak dijelaskan.

Tiada pecahan pendapatan dipamerkan buat masa ini susulan "masalah teknikal".

sumber : malaysiakini.com



close
==[ Close ]==