Adakah Jasa Kerajaan Buat Negara?



Baru-baru ini kenyataan kerajaan yang memberi bayangan untuk menghentikan subsidi dengan alasan rakyat menjadi malas telah dikritik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik.

Pemberian bantuan atau subsidi seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi menggantikan gaji tidak pernah dinyatakan kerajaan BN sebelum ini, katanya.

Menurutnya, yang dilakukan ini ialah society safety net untuk membantu rakyat melengkapkan kekurangan daripada pendapatan harian mereka.

"Baharu semalam dalam Facebook Live saya cakap mengenai perlunya kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan.

"Hari ini keluar kenyataan bahawa kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk tak buat kerja pun boleh dapat duit. Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berfikir?" soalannya menerusi hantaran di Facebook.

Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri hari ini membayangkan tiada lagi pemberian  subsidi kepada rakyat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.

Dr Mahathir berkata bahawa subsidi hanya membuatkan seseorang itu tidak mampu berfikir dan tidak boleh berdikari.

Kerajaan terdahulu dan kini berbeda, kerajaan kini sudah tidak lagi memberi subsidi kepada kebanyakan rakyat, jelas Dr Mahathir.

Lepas hal itu, Najib berkongsi kisah mengenai seorang penerima bantuan subsidi mesin jahit.

"Dia boleh buat meniaga dari rumah, tak perlu kerja malam, dia cukup gembira. Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berdikari?

"Sudahlah harga barangan makin hari makin naik, ekonomi makin teruk, ringgit makin jatuh, pendapatan negara pun berkurang bila mereka gantikan  GST (cukai barang dan perkhidmatan) dengan SST (cukai jualan dan perkidmatan). Setiap hari rakyat dihina," kata Najib.

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==