Najib Lakukan Hal Ini, Polis Boleh Paksa Najib!



Bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyebut kesnya di Mahkamah Sesyen dilihat tidak mahu memasuki dok tertuduh. Di hadapan hakim Azura Alwi, Najib muncul dan duduk di kerusi di sebelah dok.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pendakwaan itu memberi isyarat kepada polis mahkamah untuk mengarahkan Najib ketika prosiding bermula untuk berdiri di kandang.

Najib didekati polis dan kemudian polis memintanya untuk berpindah dari kerusi tetapi permintaan itu telah diendahkan oleh Najib. Menurut Ahmad Akram, pihak polis sebenarnya ada kuasa untuk paksa Najib masuk ke dalam dok tertuduh.

Kerana bekas perdana menteri Najib Razak yang tidak mahu ikut prosedure yang ditetapkan oleh mahkamah, hal ini membuat kekecohan dalam mahkamah, di mana pihak yang dituduh harus berada di dalam dok tertuduh.


Ada netizen menyifatkan Najib Razak sebagai buat perangai. Oleh sebab atas budi bicara, mereka akhirnya membenarkan bekas perdana menteri Datuk seri Najib Razak duduk di sebelah dok tertuduh untuk mengelakkan tak timbulkan lebih banyak masalah lagi.

sumber : dharian.com
close
==[ Close ]==