Bekas Menteri Didakwa Mencabul Remaja


Seorang bekas menteri yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Polis dijadual mengambil keterangan seorang bekas menteri itu.
Dipetik dari Malaysiakini, individu itu juga seorang anggota parlimen Umno, telah dipanggil untuk soal siasat esok, kata ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed
Terdahulu, dilaporkan bahawa Noor Mushar berkata laporan remaja itu telah ditarik balik remaja itu, namun dakwaan itu akan tetap disiasat polis.
Dipetik Berita Harian, beliau berkata "Walaupun aduan sudah ditarik balik, pihak polis masih melakukan siasatan dan sudah ada pihak yang dipanggil untuk mengambil keterangan,"
Katanya lagi, polis juga sedang mendapatkan nasihat daripada timbalan pendakwa raya sama ada ia boleh diteruskan dengan pendakwaan atau tidak.
Walaupun individu itu tidak dinamakan oleh beliau, laporan itu berisi bahawa pengadu mendakwa bekas menteri itu meraba bahagian belakang badannya dan memegang tangan.
Sementara itu, Noor Mushar menafik tuduhan bahawa ada pihak yang cuba menutup kes tersebut seperti kata Pengerusi MyWatch Datuk R Sri Sanjeevan.


close
==[ Close ]==