Jangan Politikkan Isu Larangan Pesta Arak



Permintaan Pakatan Harapan Johor kepada mana-mana pihak agar tidak mempolitikkan isu Octoberfest atau larangan penganjuran pesta arak di negeri itu.
Suhaizan Kayat selaku Pengarah Penerangan dan Komunikasi HARAPAN Johor berkata bahawa kenyataan Datuk Osman Sapian selaku Menteri Besar Johor dengan jelas merujuk kepada pesta arak secara terbuka dan bukan meliputi penjualan arak kepada bukan Islam.
"Perlu disedari bahawa keputusan ini adalah berdasarkan pertimbangan menjaga sensisitiviti Bangsa Johor di samping hak masyarakat bukan orang Islam terus dipelihara selagi ia tidak melanggar mana-mana peraturan sedia ada," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kerana hal itu, mana-mana pihak yang cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri menafikan hak orang bukan Islam dipandang serius oleh HARAPAN Johor.
"Isu-isu seperti penganjuran pesta arak bukan di premis persendirian harus dikendalikan dengan berhemah dan tidak wajar dimanipulasi menjadi polemik.
"Ia bukan medan untuk dipolitikkan yang tidak akan menguntungkan sesiapa, namun perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab demi menjaga keharmonian rakyat berbilang kaum di negara kita," katanya.
Selepas mencetuskan perdebatan panjang pada tahun lalu, Penganjuran pesta arak atau Octoberfest kembali hangat diperkatakan.
Penganjuran pesta berkenaan di negeri itu seperti yang tular di media social ditafikkan kerajaan Terengganu. Ahad lalu Osman dilapor berkata tiada sebarang lesen dikeluarkan dan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan penganjuran Oktoberfest di Johor.
sumber : malaysiakini.com


close
==[ Close ]==