Harga rumah tidak akan susut walaupun kos bahan mentah pembinaan
dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana semuanya tertakluk
kepada harga tanah. Hal itu dijelaskan bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kata Najib di dua buah negeri maju seperti Pulau
Pinang dan Selangor ,kos dan lain-lain caj harga tanah meningkat berkali ganda sejak
10 tahun lalu. Menjadi faktor mustahil
harga rumah mampu dikurangkan walaupun bahan asas pembinaan dikecualikan SST.
Selain itu katanya, gambaran jelas bahawa harga rumah tidak akan turun ditunjukan
adanya barangan lain pembinaan seperti kaca, tingkap, kayu, bahan
seramik dan lain-lain dikenakan SST yang memberi.
Beliau
berkata, selain cukai jualan, perkhidmatan-perkhidmatan seperti insuran, arkitek,
perunding, reka bentuk dan kejuruteraan yang diperlukan dalam pembinaan turut
dikenakan cukai perkhidmatan dalam SST di mana sebelum ini boleh dituntut balik
oleh pemaju sebagai kos input cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Oleh itu,
untuk mengurangkan kos rumah, langkah-langkah perlu diambil adalah mengurangkan
kos tanah.
“Saya lihat
bahawa kos dan caj-caj lain yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk
penggunaan tanah terutama di negeri-negeri maju seperti Selangor dan Pulau
Pinang telah naik berkali ganda sejak 10 tahun yang lepas. Oleh itu, kerajaan
persekutuan perlu berkerjasama dengan kerajaan negeri dalam mengurangkan
caj-caj ini,” katanya menerusi Facebooknya, 30
September.
Harga tanah boleh diturunkan dengan meningkatkan penyediaan tanah
yang murah dari kerajaan negeri atau dari tanah milik agensi kerajaan pusat,
jelas Najib
Jadi menurut Najib adalah tidak wajar apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat
ugutan terhadap pemaju perumahan untuk menarik balik pengecualian SST terhadap
bahan mentah pembinaan hanya kerana pemaju menegaskan harga rumah tidak akan
berkurangan.
“Apabila
rata-rata pemaju menyatakan bahawa cukai SST tidak akan mengurangkan harga
rumah, Guan Eng berang. Beberapa hari lalu dia mengugut bahawa segala
pengecualian SST untuk bahan-bahan pembinaan rumah akan ditarik balik jika
harga rumah tidak diturunkan.
“Ugutan Guan
Eng merupakan pemikiran kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang paling luar
biasa peringkat teratas. Oleh kerana harga rumah tidak turun, dia mahu menarik
balik pengecualian ini kononnya bagi menghukum pemaju tetapi tak sedar harga
rumah akan naik lebih tinggi. Dia nak hukum pemaju rumah ataupun hukum
rakyat?,” kata Najib.
sumber : sinarharian.com