11 Tahun Keluar Masuk, Anwar Belajar Apa?



Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden PKR berkata bahawa sepanjang dirinya ‘keluar masuk’ penjara, banyak perkara yang beliau pelajari.

Katanya, antaranya beliau menjadi insan yang lebih mudah rasa simpati kepada mereka yang ditimpa derita dan beliau juga merasa lebih pemaaf.

"Ramai yang tanya, 11 tahun Anwar ada belajar apa-apa tak 'keluar-masuk' penjara?.

"Ada saya lebih pemaaf, lebih simpati tentang derita orang.

"Saya lihat anak muda dalam usia 14 tahun ditangkap matanya lebam... kerana curi sepasang seluar jeans tapi yang rompak duit berbilion naik pangkat jadi Tan Sri, Tun," katanya dalam pidatonya 14 September 2018 di Putrajaya.

Beliau juga menegaskan bahawa tiada gunanya seandainya beliau membalas dendam terhadap 'golongan tertentu' di atas apa yang telah lakukan kepadanya selama ini.

"Kini kalau saya kembali menindas saya tiada nilai," katanya.

Mengikut rekod, kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa bermula pada 1999, Anwar telah dipenjarakan selama beberapa tahun.

Bermula daripada tahun itu Anwar kerap keluar masuk penjara.

Anwar diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei 2018 dan Anwar dibebaskan.

sumber : dharian.com

close
==[ Close ]==