Trump Tak Konsisten, Tun M Minta Hal Ini



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa terdapat keperluan bagi Donald Trump selaku Presiden Amerika Syarikat supaya bersikap lebih konsisten dalam berhubung dasar berkaitan Asia.

"Jadilah lebih konsisten. Jika anda mahu menentang kami, katakan saja yang anda mahu menentang kami. Jika anda tidak mahu menentang kami dan anda mahu (kita) bersahabat, katakan sahaja dan (ayuh) kita bersahabat," kata perdana menteri Malaysia itu, yang menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kata demikian dikatakan beliau ketika ditanya tentang nasihat beliau kepada Trump untuk melakukan pembaharuan berhubung dasar di Asia, dalam pertemuan dengan anggota Majlis Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar, pada 26 September.

Ketika Tun M ditanyai tentang penilaian beliau terhadap Presiden Amerika Syarikat ituTun M menjawab bahawa beliau tidak tahu bagaimana untuk memberi pendapat tentang presiden itu.

"Sebab beliau mengubah fikiran malah dalam hanya beberapa jam sahaja," kata beliau

"Jadi amat sukar untuk menjangkakan apa yang beliau mahu lakukan. Berurusan dengan orang yang tidak konsisten merupakan masalah yang sangat besar," kata perdana menteri.

Menurut Tun M, Presiden Amerika itu "tidak tahu sangat tentang Asia dan oleh itu, beliau membuat keputusan yang tidak didasarkan kepada hakikat yang nyata,”

"… dan beliau nampaknya memikirkan tentang Amerika dan hanya berfikir bagaimana untuk menjadikan Amerika hebat semula. Beliau tidak memikirkan tentang hubungan luar,” kata beliau.

Perdana Menteri berusia 93 tahun itu juga menegaskan bahawa respons Amerika kepada mana-mana krisis tertentu “adalah untuk menghantar kapal perang" , yang menurut beliau itu bukanlah satu cadangan yang sangat baik.

"Ia mewujudkan ketegangan, ia satu bentuk provokasi. Sebab itulah Malaysia menyuarakan dasar luarnya untuk tidak membenarkan kapal perang ditempatkan di kawasan berkenaan," katanya, merujuk kepada laluan air yang penting di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Ketika Tun M ditanya mengenai bentuk keseimbangan kuasa di Asia dan dunia pada masa depan, beliau berkata demikian "Lima belas hingga 20 tahun dari sekarang bermakna Mr Trump tidak akan ada lagi. Saya berpendapat rakyat Amerika yang lain, orangnya agak munasabah. Rakyat sedar bahawa keamanan lebih baik daripada peperangan." 

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==