Anwar Tak Akan Jadi PM



Digantikannya jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim diramalkan tidak akan menjadi kenyataan.

Ada dua faktor yang akan menghalang keinginan Anwar itu. Hal itu dikatakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

Dakwaan pertama Lokman iaitu, persengketaan Dr Mahathir bersama Anwar masih berterusan dan Presiden PKR itu diyakini akan dihalangi Dr Mahathir daripada menjadi ahli parlimen.

“Saya yakin Dr Mahathir akan tolong letak calon. Ini pasti. Sebab Dr Mahathir akan usaha sunguh-sungguh, memastikan Anwar tidak akan jadi perdana menteri.

“Kalau Dr Mahathir tak boleh sekat Anwar jadi perdana menteri sebaik sahaja Anwar angkat sumpah jadi ahli parlimen, itu detik kehancuran PH. Sebabnya kalau Dr Mahathir tak boleh kekal jadi perdana menteri, atau angkat salah seorang anak dia jadi perdana menteri, saya yakin dia akan bubarkan (Parlimen),” katanya.

Pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) beliau berkata demikian, pada majlis penyerahan borang keahlian Umno yang diserahkan oleh bekas pemimpin PKR dan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim, 11 September.

Menurut Lokman, dakwaan keduanya adalah janji manifesto PH yang belum ditunaikan selepas 100 hari memerintah yang membuat penolakan rakyat, selain fitnah terhadap pimpinan BN.

“Kalau Anwar bertanding di Permatang Pauh pasti akan kalah disebabkan orang sudah tahu fitnah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersabit curi duit RM2.6 bilion dan ke atas menteri Kabinet yang kononnya terlibat dengan rasuah.

“Selepas 120 hari PH memerintah, tidak ada sebarang pendakwaan dan keadaan ini seperti kena ‘kencing’,” katanya.

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==