Najib Terkedu, Nampaknya Ini Yang Dikatakan Anwar


Pada 9 Mei lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak, Bekas Perdana Menteri Malaysia itu dikatakan pada malam kejatuhan BN, Najib cuba mengatur strategi untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara itu, menerusi wawancara bersama ThaiPBS.  

Dalam perbualan telefonnya bersama Najib, Anwar mendakwa bahawa perkara yang dikaitkan sebagai percubaan untuk mengatur strategi berkenaan ditanyakan bekas Presiden Umno itu.

Najib diminta oleh Anwar agar mengemukakan permintaannya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu bakal menjadi perdana menteri.

"Beliau (Najib) berterusan berkata, terdapat kemungkinan untuk mengatur sesuatu kerana kami (BN) tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

"Akhirnya, saya kata, kamu perlu sedar, secara teknikalnya saya di dalam penjara. Ini akan jadi panggilan terakhir kamu kepada saya. Selepas ini, kamu perlu berurusan dengan Mahathir. Kemudian beliau terkedu seketika," katanya dipetik menerusi Malaysiakini.

Anwar berkata, mesej yang ingin disampaikan kepada Najib adalah beliau perlu mengaku kalah , ketika ditanya sama ada pintu rundingan ditutup sepenuhnya untuk kemungkinan bekerjasama dengan BN.

"Namun, beliau enggan (mengaku kalah) sehinggalah keesokan harinya sekitar jam 11 pagi dan malah masih cuba berkeras.

"Sebenarnya ini kerana kesombongannya yang menyebabkan tindak balas sebegini," katanya.

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==