Surat Rasmi Bahasa Cina Gemparkan Malaysia



Surat jemputan rasmi oleh seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dibuat dalam bahasa Melayu dan juga dilampirkan dalam dua bahasa lain, hal ini dijelaskan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Johor, Tan Hong Pin.

“Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis berkenaan ialah dalam Bahasa Melayu dan dilampirkan dengan bahasa dwibahasa (bahasa Cina dan bahasa Inggeris) tanpa meletak nombor rujukan. “Tujuan surat itu adalah untuk memaklumkan mungkin dalam kalangan penduduk yang tidak fasih Bahasa Melayu untuk menyertai Perbincangan Pengadang Jalan antara Jalan Jaya Mas 1/2 dan Jalan Silat Cetak 2,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.



Menurutnya, berdasarkan Perkara 152 beliau mengakui bahawa Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu, justeru, sebarang surat rasmi mesti dalam Bahasa Melayu.

Tan juga berkata bahawa kedudukan bahasa Melayu turut didukung beliau sebagai bahasa kebangsaan yang perlu sentiasa dihormati dan selepas beliau berbincang dengan ahli majlis itu, mendapati beliau tidak mempunyai niat untuk mencabar kedudukan bahasa kebangsaan.

sumber : sinarharian..com
close
==[ Close ]==