Kemana Ucop Wilcha Pergi ke?



Sebelum PRU14, selebriti yang secara terbuka memberi sokongan kepada PH yakni Usop Wilcha. Siri jelajah PH dan memberi ceramah kepada pengundi juga turut dilibati actor yang terkenal menerusi filem Zombi Kampung Pisang itu.

Bagaimanapun, beliau tidak perlu lagi menunjukkan muka sebagai penyokong PH karena tugasnya sebagai aktivis rakyat kini sudah selesai, kata Usop

Kenyataan itu dibuat susulan ramai bertanyakan kelibat beliau yang tidak kelihatan dalam perhimpunan melibatkan parti-parti PH.

“Buat masa ni saya selesa sebagai rakyat biasa, sebagai individu dan sebagai ayah,” katanya di Twitter hari ini.

“Tak mampu nak berpolitik setiap ketika. Mana yang saya mampu untuk bantu yang membawa kebaikan kepada majoriti.

“Insya-ALLAH akan saya pikul amanah, bukan kerana individu tetapi sebagai ibadah. Baik kepada rakyat, syarikat mahupun negara,” katanya kepada seorang pengguna Twitter.

April lalu ketika Ucop berucap dalam kempen PH di Johor, Ucop menyarankan rakyat agar menukar kerajaan BN yang disifatkannya sudah terlalu lama memerintah.

"Kita tukor aje," katanya yang mengubahsuai dialog popularnya dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu ‘kita bakor aje’.

sumber : sinarharian.com

close
==[ Close ]==