Serah Kuasa Kepada Anwar



Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri, berkata bahawa jawatan beliau akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Katanya, beliau akur dengan persetujuan bahawa untuk tempoh yang disebut adalah dua tahun, beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara.

Kata demikian dikatakan beliau di sebuah hotel semasa menjawab soalan pada sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei Darussalam.

Mengenai kebimbangan sekiranya sejarah akan berulang apabila beliau (Dr Mahathir) tersilap memilih penggantinya untuk menerajui negara, Dr Mahathir berkata rakyat boleh membuat pendirian pada pilihan raya umum, apabila sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan penggantinya.

Sebelum ini banyaknya usaha dilakukan seperti laporan polis, failkan usul tidak percaya, demonstrasi serta deklarasi rakyat menolak kepimpinan kerajaan namun ketetapan tetap dibuat rakyat dalam pilihan raya umum kerana semuanya itu tidak berjaya.

Beliau mengutamakan negara supaya tidak wujud jurang perbezaan begitu ketara antara penduduk pelbagai kaum sehingga boleh mengundang permusuhan dan rusuhan.

Justeru, katanya, PH sedang berusaha membela nasib dan menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum.

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==