Terkejut! Najib Soalkan Hal Ini Ke Guan Eng



Datuk Seri Najib Tun Razak mempertikaikan bagaimana bisa Lim Guan Eng, Menteri Kewangan menyedari terdapat tunggakan tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 bilion mengambil masa sehingga tiga bulan.

Bekas perdana menteri itu turut menyoal kenyataan Lim bahawa bayaran itu tidak boleh dibuat kerajaan kerana sudah ‘dirompak’ sedangkan RM18 bilion itu bukanlah suatu angka yang kecil, tulis beliau di laman Facebook

“Apa yang saya lihat, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebenarnya tidak menjangkakan peningkatan mendadak tuntutan GST sebaik sahaja ia disifarkan.

“Pengecualian cukai GST selama tiga bulan di mana kerajaan tidak lagi memperolehi pendapatan daripada (hasil) GST atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) turut bermakna wang di dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan yang sepatutnya disalurkan, mungkin sudah digunakan bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan,” katanya.

Najib juga berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah mengesahkan kutipan GST tidak dirompak, dicuri atau disalurkan ke mana-mana akaun tidak sah sebaliknya didepositkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan Kerajaan yang kemudian secara berkala digunakan untuk membayar kepada akaun tuntutan GST.

“Tempoh yang disebut adalah sehingga 31 Mei 2018. Barisan Nasional (BN) hilang kuasa pada 9 Mei 2018. Ini bermakna, permintaan untuk menyalurkan dana ke akaun amanah tuntutan GST bagi bulan April dan Mei 2018 adalah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan,” katanya.
Jelas Najib, jumlah tuntutan adalah berdasarkan kepada borang GST-3, yang mana pemilik perniagaan yang mengisi untuk membuat tuntutan yang kemudiannya bergantung kepada berapa jumlah yang sudah diluluskan oleh pihak kastam atau diaudit.

“Ia adalah jumlah kasar dan bukan jumlah yang sudah diluluskan. Berapa jumlah tertunggak yang sudah diaudit, ditolak atau diluluskan oleh pihak kastam sebelum membuat permohonan dana dipindahkan ke dalam akaun amanah tuntutan GST?” soal beliau.

Beliau turut bertanya daripada jumlah RM19.4 bilion tersebut, berikutan langkah pensifaran GST berapa banyakkah tuntutan baharunya.

“Biar pun mengambil kira tuntutan GST bagi April dan Mei yang amat tinggi di mana ia bukan lagi di bawah kerajaan BN, lebih 76 peratus daripada tuntutan GST sudah dibuat oleh kerajaan BN dan menunjukkan tidak berlaku langsung rompakan seperti dituduh,” katanya.

Yang mana kerajaan dijangka tidak akan memiliki dana untuk membayar tuntutan GST tertunggak, hal ini akan memburukkan lagi keadaan kerana kutipan SST yang lebih rendah berbanding GST, kata Najib

“Ini akan memberi kesan kepada pelabur yang risau janji Lim bahawa kerajaan HARAPAN akan mencapai defisit bajet 2.8 peratus tidak akan dapat ditunaikan.

“Tidak mencapai sasaran janji defisit bajet turut akan mengurangkan keyakinan pelabur dan akan menyebabkan penarafan kredit negara ini diturunkan,” katanya.

Harapan beliau iaitu siasatan pihak Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mendedahkan perkara sebenar dalam isu terbabit

sumber : malaysiakini.com

close
==[ Close ]==