Kazim Elias Sangat Kecewa



Reaksi Datuk Mohd Kazim Elias ini melihatkan rasa kecewa apabila sehingga kini belum dihubungi kerajaan negeri dalam proses mengambil alih pusat tahfiz tersebut.

"Saya dah mengharumkan nama Perak bertahun-tahun, majukan sekolah tahfiz saya bertahun-tahun.  Tapi kalau macam ini layanan diberikan kepada saya, tidak mengapalah. Saya buat kerja untuk Tuhan.”

Kata beliau, dirinya kini tidak lagi meletakkan sebarang harapan kerana situasi itu, namun memaklumkan pusat pengajian tersebut akan mempunyai pengurusan baharu bermula 1 September nanti.

Menurutnya, pengurusan baharu akan diserahi bangunan yang dikatakan akan dijual dan pusat tahfiz akan diserahkan sepenungnya. Itu semua tanpa dikenakan bayaran atau sewa, cuma sambung menguruskannya sahaja.

"Macam saya cakap sebelum ini, sebelum saya nak jual, saya nak minta pengusaha tahfiz ambil alih sekolah saya tapi mereka tidak sanggup. Selepas isu ini tular, ada satu maahad tahfiz sanggup ambil alih pada 1 September ini.

"Saya tiada lagi unit tahfiz di sekolah tersebut dan akan memberi tumpuan kepada sekolah pondok sedia ada. Saya tak ambil bayaran pun bila mereka ambil alih. Mereka nak ambil alih pun saya bersyukur dah,” katanya ketika ditemui selepas selesai wacana, semalam.

Berhubung soal pengambil alihan sekolahnya, beliau bersedia bertemu dengan kerajaan negeri namun sehingga kini tiada perkembangan positif daripada kerajaan negeri. Kata Mohd Kazim

Lebih mengecewakan, katanya, Pusat Tahfiz Al Barakah dikabarkan akan dibantu suatu pihak, bagaimanapun mengundurkan diri sebaik kerajaan negeri mengumumkan akan membantu pusat pengajian tersebut.

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==