Ini Bukti Pemerintahan Autokratik Tun M !



Sekiranya tidak mampu menyekat impian kereta nasional ketiga hasil ilham Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ,maka Pemimpin dalam kerajaan PH dianggap gagal.

Kegagalan menyekat hasrat Dr Mahathir bermakna mereka membenarkan pentadbiran autokratik di bawah pimpinan Ahli Parlimen Langkawi itu, hal ni dikatakan oleh Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata.

Menurutnya, mereka takut kepada Dr Mahathir jika pemimpin PH tidak membantah cadangan tersebut, hal itu membuktikan mereka tidak takut kepada rakyat tetapi takut kehilangan jawatan.

“Proton diswastakan pada 2012, hampir di’bailout’ apabila Dr Mahathir meminta Datuk Seri Najib Tun Razak menyuntik RM2 bilion kepada Proton.

“Ketika itu Proton berhutang RM700 juta kepada vendor yang majoritinya Bumiputera. Jualan Proton merosot kepada 5,000 unit sebulan pada 2017 berbanding 200,000 unit sebelumnya.

“Bahkan kerugian Proton pada 2016 ialah RM150 juta. Justeru apa perlunya Proton 2.0? Kenapa tidak dipulihkan saja Proton 1.0,” katanya memetik laporan Umno Online.

Beliau juga berkata bahawa banyak lagi keutamaan lain perlu diselesaikan berbanding mewujudkan projek kereta nasional yang baru.

“Kalau kerajaan terpaksa memungkiri janji manifesto mereka atas alasan kewangan, kenapa kereta nasional baru mahu dilaksanakan? Tidakkah itu nanti membebankan rakyat.

“Sedangkan banyak keutamaan lain perlu diselesaikan. Antaranya harga kereta lebih murah seperti dijanjikan dalam Buku Jingga (Bajet Harapan). Lebih baik kemudahan pengangkutan awam dimodenkan,” ujarnya.

Beliau tidak akan berasa hairan sekiranya jambatan bengkok akan dibina malah Formula 1 juga kembali mengaum di Malaysia. Tambahan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ini,

“Maka lama lagilah Dr Mahathir jadi PM (Perdana Menteri). Kempunan lagilah Anwar?,” soalnya

sumber : sinarharian.com


close
==[ Close ]==