Penasihat Ekonomi Baru PM Akan Segera Dilantik



Pelantikan Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada hari ini.

Pengalaman Muhammed selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan ketika ini juga merupakan ketua sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan.

Sebutan nama Muhammed mula ramai sebelum ini apabila beliau tampil menjadi seorang daripada tiga panel jemputan stesen TV kerajaan, RTM, yang membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi.

Muhammed ialah anak kelahiran Pulau Pinang, isu GST dan belanjawan 2018 membuatnya dipuji kerana dilihat bersikap berani dan berterus terang ketika mengupas isu itu.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia.

Jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia juga pernah dipegang oleh Muhammed.

Buku The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia. juga merupakan buku buatan Muhammed

Pelantikan Muhammed berkuat kuasa 27 Ogos.

sumber : malaysiakini.com

close
==[ Close ]==