Fitnah Direka, PH Gagal Cipta Bukti



Kegagalan Kerajaan PH mencipta bukti ke atas fitnah kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuri duit 1MDB sebanyak RM2.6 bilion.
Ini berikutan tiga lagi pendakwaan yang dijangka dikenakan ke atas Najib esok mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan. Kata Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam,


“Mereka fikir dengan menambah tuduhan ke atas Najib berhubung duit Umno yang mereka rampas beserta barang kemas dan perhiasan yang kebanyakannya merupakan hadiah diterima Najib, Datin Seri Rosmah dan ahli keluarganya akan mengekalkan persepsi buruk rakyat terhadap Najib dan keluarganya.

“Amat jelas, kehilangan 9,000 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Kandis masih gagal memberikan pengajaran kepada kerajaan PH bahawa rakyat mula muak dengan politik fitnah yang mereka mainkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dakwaan beliau iaitu selepas gagal meyakinkan rakyat tentang fitnah yang direka, kerajaan PH hanya mampu menambah pendakwaan berdasarkan harta dirampas selepas PRU14

Lokman berkata “Saya tidak fikir rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk membezakan tuduhan yang menyebabkan Najib kehilangan majoriti di Parlimen dengan tuduhan berkaitan penemuan baharu yang sekadar untuk menunjukkan ada pendakwaan dilakukan ke atasnya,”

Lokman turut menyeru NGO dan rakyat Malaysia memberikan sokongan moral kepada Najib di mahkamah esok.

sumber : sinarharian.com

close
==[ Close ]==