Menteri Tak Tahu Tanggungjawab : Tun M



Khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) masih diperlukan kerana mereka mempunyai banyak pengalaman untuk menyelesaikan pelbagai isu penting. Hal itu ditegaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Barisan Kabinet yang dimiliki kerajaan memang penuh tetapi ramai daripada anggotanya adalah baharu dan tiada berpengalaman untuk menyelesaikan sesuatu isu, kata beliau.

“Saya perlu mengakui Kabinet kami tiada pengalaman dan ramai yang baharu. Saya perlu bekerja dengan cepat dan saya perlukan seseorang yang berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas,.

“Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan,” katanya.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin akan mengetuai MPK, MPK akan dikekalkan, sementara peranan majlis itu akan diperbaharui. Kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata bahawa Dr Muhammad Abdul Khalid tidak berada dalam MPK tetapi sebaliknya berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada beliau.

“Saya memerlukan analisis berterusan mengenai apa yang berlaku dalam ekonomi negara,” katanya.Pejabat Perdana Menteri (PMO) melantik Muhammad sebagai Penasihat Ekonomi kepada Dr Mahathir berkuat kuasa 27 Ogos ini.

Muhammad kini merupakan ketua pakar ekonomi firma DM Analytics Malaysia dan pengarah urusan.

sumber : sinarharian.com

close
==[ Close ]==