Najib 'Tak Butuh UMNO', Najib Bisa Sendiri


Perasaan apabila meminta Umno supaya tidak lagi mempertahankan dirinya daripada fitnah yang dilemparkan terhadap Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini diluahkan dirinya.

Melalui perbicaraan yang adil, beliau yakin dapat mempertahankan dirinya sendiri. Ulas Najib dilaman facebok miliknya.

Menurutnya, segala pertuduhan yang dibuat, beliau yakin tidak bersalah.

"Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.

"Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno. Tidak adil untuk Umno menanggung beban ini," katanya.

Menurutnya, , jasa Umno kepada negara tidak dapat dinafikan, sebagai sebuah parti yang berjaya membawa Malaysia menikmati ketenteraman dan keamanan sejak Merdeka serta hampir meraih status ekonomi maju.

Menurutnya, perjuangan parti Umno juga berniat baik.

"Atas dasar itu, saya akan terus menjadi ahli Umno yang setia dan bersedia untuk menghulurkan bantuan jika parti memerlukannya.
"Apapun, saya juga masih lagi Ketua Bahagian Umno dan Ahli Parlimen. Saya juga mempunyai pengalaman dan pengetahuan dengan apa yang berlaku dalam kerajaan lalu," katanya.

Najib berkata, apa-apa isu yang menjejaskan rakyat dan negara ini, akan terus dia suarakan

Menurutnya, jika timbul lagi sebarang tuduhan dibuat terhadapnya atau kerajaan BN lalu, dia berhak mempertahankan dirinya dan berhak menggunakan kebebasan bersuara.

"Saya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menjadi presiden Umno lagi. Kepimpinan UMno baharu perlu diberikan kepercayaan dan ruang untuk membuktikan kepimpinan mereka bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya," katanya.

Menurutnya, ketika pilihanraya kecil Sungai Kandis , dia hanya membantu Lokman Adam sebagai menunaikan hasratnya yang meminta bantuan untuk berkempen.

"Ia adalah satu tugas yang berat bagi kerusi ini kerana PKR adalah penyandang dan memenanginya dengan majority yang besar hanya beberapa bulan sebelum ini. Lokman dan pasukannya telah melakukan yang terbaik bagi PRK itu," katanya.

sumber : sinarharian.com

close
==[ Close ]==