Bayar Hutang 1MDB Dulu, Usah Sibuk Jual Equanimity



Pembelian kapal persiaran mewah, The Equanimity menggunakan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak diketahui oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pentadbirannya sebelum ini.

Malah, siapa pemilik sebenar kapal mewah berkenaan juga tidak diketahui oleh Ahli Parlimen Pekan itu.

“Kita tak tahu (The Equanimity beli guna duit 1MDB), perkara itu masih disiasat. Tapi apa yang penting ialah penyelesaian hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Corp (IPIC) Abu Dhabi, jumlah hutang itu besar.

“Kita kena cari siapa sebenarnya pemilik kapal The Equanimity tersebut,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Najib menyifatkan tindakan populis ketika ditanya berhubung cadangan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk menjual kapal persiaran mewah berkenaan dengan harga terbaik.
Kerajaan PH juga didesak Najib untuk fokus kepada penyelesaian hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Corp (IPIC) Emiriah Arab Bersatu (UAE) berbanding  mencari pembida tertinggi yang akan membeli kapal The Equanimity tersebut.

“Kerajaan patut fikirkan jalan untuk selesaikan hutang 1MDB dengan IPIC, jumlah itu besar. Berbanding sibuk cari pembida tertinggi untuk beli kapal mewah berkenaan.

“Nilai aset (The Equanimity) kian menyusut, tak ramai orang di dunia ini mampu beli kapal mewah dengan harga yang tinggi. Apa yang penting bayar hutang 1MDB kepada IPIC,” gesa Najib.

Guan Eng, Menteri Kewangan berpendapat bahawa menjual kapal persiaran mewah, The Equanimity pada harga terbaik ialah jalan terbaik mengembalikan semula wang 1MDB.

Menurutnya, supaya rakyat mendapat manfaatnya, aset bernilai RM1 bilion mesti dijual
Dalam perkembangan sama, kedatangan The Equanimity di Pelabuhan Klang hari ini, tidak diketahui bekas Presiden Umno, beliau hanya mengetahuinya melalui media.

“Saya tak tahu, kapal itu dibawa ke sini, saya tak pernah naik pun. Cuma tahu apabila terbaca laporan daripada media.

“Sebabnya kita tak minat nak tahu mengenai kapal itu, apa yang lebih penting ialah penyelesaian hutang kepada IPIC,” kata Najib.

Kapal mewah,  dikatakan milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low itu berlabuh di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang pada Tengah hari tadi.

Difahamkan, kapal tersebut berlepas dari perairan Batam, Indonesia pada jam 4.45 petang semalam dan tiba di sini kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Kira-kira jam 1.00 tengahari Kapal itu selesai berlabuh sebelum pasukan khas dari Jabatan Peguam Negara melakukan pemeriksaan terhadap kapal mewah itu.

sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==