Jika Zahid Menolak, Tetap Ganti Pembangkang Lain


Usul untuk melantik Ketua Pembangkang akan dibentangkan Dewan Rakyat, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Nga Kor Ming, Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengesahkan perkara itu dan turut menambah usul  bagi  mencadangkan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh selaku sebagai timbalan kepada Zahid.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata bahawa pentadbiran PH telah memutuskan untuk mencontohi amalan Parlimen Britain dan Australia yang melantik pemimpin pembangkang mengetuai PAC. Dipetik laporan malaysiakini

Beliau berkata "Usul ini akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Undang-undang Liew Vui Keong. Ini adalah langkah pertama ke arah pembaharuan Parlimen.

"Kami telah mengotakan janji kami,".

Bagaimanapun, sekiranya jawatan tersebut ditolak oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk, Kor Ming berkata PH tetap akan memperuntukkan jawatan tersebut kepada ahli Parlimen daripada pembangkang.

Pentadbiran terdahulu penyokong kerajaan dilantik untuk mengetuai PAC, apabila jawatankuasa itu dilihat tidak dapat berfungsi dengan berkesan bagi melakukan semakan terhadap kuasa eksekutif akan sering mengundang kritikan.

Skandal utama termasuk 1MDB dan kerugian Khazanah Nasional akibat pelaburannya dalam sebuah syarikat pakaian dalam, diharapkan akan disiasat Zahid jika Zahid dilantik. Harapan Kor Ming

"Hanya jika tiada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu, maka kita mungkin perlu melantik seseorang daripada penyokong kerajaan," katanya.

PAC merupakan jawatankuasa yang diberikan kuasa untuk menyiasat agensi kerajaan, kementerian, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


sumber : sinarharian.com
close
==[ Close ]==