Lokman Beri Pesan Ini Buat Zawawi Lepas Tewas PRK



Tahniah kepada calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni diucapkan oleh calon BN Datuk Lokman Noor Adam, susulan kemenangan PKR di kerusi Dun Sungai Kandis.
Namun, katanya, PKR perlu menerima teguran rakyat, meskipun telah menang pada PRK berkenaan.

"Tahniah kepada Ustaz Zawawi yang telah menang. Namun PH wajar menerima teguran rakyat apabila ramai memboikot PRK Sungai Kandis.

"Sehingga PH hanya berjaya mempertahankan 63.9 peratus undi yang mereka terima semasa PRU14, walaupun jumlah pengundi meningkat dari 50,800 kepada 52,650," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Diumumkan bahawa kerusi Dun Sungai Kandis dimenangkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni dengan majoriti 5,842 undi.

15,427 undi diperoleh Mohd Zawawi yang menewaskan saingan dari BN, Datuk Lokman 
Noor Adam yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy hanya menerima 97 undi.

Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis mengumumkan perkara itu.

Sementara itu, peratusan keluar mengundi dicatatkan 49.4 peratus.
Dalam pada itu Lokman turut menghargai usaha semua jentera BN Kota Raja, BN Selangor dan yang turun dari seluruh negara.

"Tanpa kerja kuat sesedara, tidak mungkin kita dapat mengekalkan 83.2 peratus undi BN pada PRU14 lalu," katanya.

sumber : sinarharian.com

close
==[ Close ]==